Sehingga Nafasku Terhenti..
KISAH PENDEK… ( Sehinggaa Nafasku Terhenti… ) Info ringkas: Mengisahkan kehidupan seorang remaja yang cekal mentaliti dalam menghadapi dugaan hidup.Dia sering menapat tamparan hebat daripada orang-orang di sekelilingnya.Namun begitu,dia tetap tekad dalam menjalani kehidupan sehariannya.Adakah hidupnya akan berubah? Nama aku Haifa dan aku dilahirkan di taiping perak pada 3 disember 1998.Aku hidup bahagia bersama mama dan papaku sehinggalah suatu tragedi telah menimpa keluarga kami.Semasa umur aku 5 tahun,papa pergi meninggalkan kami bergelimpangan seperti pengemis dan memilih perempuan simpanannya sebagai pengganti kami.Dalam masa yang sama,aku dikurniakan seorang adik lelaki yang diberi nama Hazrel.Papa tidak mengendahkan kelahiran adik lelakiku itu,bahkan dia menghadirkan diri ke hospital itu hanya untuk melafazkan talak terhadap mama.Pada masa itu,aku diam seribu bahasa kerana aku tidak memahami apa yang sedang terjadi saat itu.Meskipun peristiwa tersebut...