Aku Budak Kotak
*************************************************************************************************************************
Bangun,makan,tidur..Bangun,makan,tidur..Itulah kehidupan aku sebagai Budak Kotak..
**************************************************************************************************************************
Hidup sebagai budak kotak bukanlah sesuatu yang mudah..Bukan juga sesuatu yang boleh dibanggakan..Akan tetapi hidup sebagai budak kotak umpama 'hidup segan mati tak mahu'..Meskipun aku menyimpan impian yang besar,namun semua itu hanya akan terkubur bersama-sama mimpi di awang-awangan..Aku pernah bermimpi ingin terbang ke langit tetapi belum sempat aku bangkit dari katil,aku telah ditolak jatuh tersungkur ke tanah..Ada kalanya aku terfikir mengapa mesti aku yang menjadi sasaran.?Adakah mungkin kerana aku terlalu naif.?Meskipun begitu,aku tetap gagahkan tangan ini untuk mencabut jarum yang telah lama terbuku didalam hati..Kerana aku tahu bahawa luka ini perlu diubati,bukan dibiarkan melara lagi..
Aku sama seperti remaja-remaja yang lain..Dilahirkan dengan cukup sifat dan mempunyai hati serta perasaan..Tetapi aku tidak pernah dilayan serupa seperti mereka..Disebabkan itulah aku lebih selesa menjadi budak kotak yang tidak bergaul dengan orang ramai..Aku lebih suka hidup menyendiri kerana sukar untuk aku mempercayai sesiapa..
Aku pernah berjinak-jinak untuk keluar dari zon selesa..Tetapi belum sempat aku melangkah jauh,dalam diam aku ditikam bertubi-tubi..Hal itu yang membuatkan aku trauma untuk bergaul dan takut untuk berdepan orang ramai..Dalam tak sedar juga,perkara di zaman silam aku sedikit sebanyak mengganggu mental fikiran aku..Itulah permulaan bagi kisah aku si Budak Kotak..
SEKIAN..

Jangan give up teruskan berusaha
ReplyDeleteOne-day semuanya akan ok