Sehingga Nafasku Terhenti..
KISAH PENDEK… (Sehinggaa Nafasku Terhenti…)
Info ringkas: Mengisahkan kehidupan seorang remaja yang cekal
mentaliti dalam menghadapi dugaan hidup.Dia sering menapat tamparan hebat
daripada orang-orang di sekelilingnya.Namun begitu,dia tetap tekad dalam
menjalani kehidupan sehariannya.Adakah hidupnya akan berubah?
Nama aku Haifa dan aku dilahirkan di taiping perak pada 3 disember 1998.Aku hidup bahagia bersama mama dan papaku sehinggalah suatu tragedi telah menimpa keluarga kami.Semasa umur aku 5 tahun,papa pergi meninggalkan kami bergelimpangan seperti pengemis dan memilih perempuan simpanannya sebagai pengganti kami.Dalam masa yang sama,aku dikurniakan seorang adik lelaki yang diberi nama Hazrel.Papa tidak mengendahkan kelahiran adik lelakiku itu,bahkan dia menghadirkan diri ke hospital itu hanya untuk melafazkan talak terhadap mama.Pada masa itu,aku diam seribu bahasa kerana aku tidak memahami apa yang sedang terjadi saat itu.Meskipun peristiwa tersebut telah lama berlalu,tapi masih segar dalam ingatanku.
Mulai detik itu,mamaku tidak lagi normal seperti sediakala.Dia mengalami tekanan yang amat dahsyat sehingga dimasukkan ke hospital Bahagia.Tapi itu semua tidak pernah mengubah pemikiran papa untuk balik kepada kami.Dia menghantar kami dua beradik kepada kakak mama iaitu makcik kami.Kami berdua tingga bersama makcik kami sehinggalah mama pulih dari sakitnya.
Beberapa tahun telah berlalu dan mama pun sudah kembali ke pangkuan kami.Mama lah tempat kami bergantung hidup sekarang ini.Aku menjalani kehidupan yang semakin mencabar apabila aku mulai belajar di sekolah rendah.Hampir setiap hari kami sekeluarga dicaci,dimaki dan dihina oleh orang sekeliling kami bahkan dengan keluarga kami sendiri.Mama selalu nasihatkan aku supaya sentiasa bersabar dengan hinaan orang-orang di sekeliling aku.Aku sentiasa bawa kata-kata mama ke mana-mana sahaja.Hari-hari yang mendatang bagaikan neraka dunia bagi aku.Tapi aku gagahkan diri untuk menjalani setiap bibit-bibit kehidupan aku demi mama dan adikku hazrel.Aku tanamkan azam di dalam diriku untuk belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa bersabar demi mengubah nasib keluargaku yang terbiar ini.
Kini aku berumur 10 tahun dan kali ini aku harus tempuhi cabaran yang makin hebat.Di mana aku terpaksa berpisah dengan adikku hazrel.Akibat konflik di antara keluarga,aku terpaksa menetap di rumah makcikku yang lain.Kali terakhir aku menjaga hazrel ketika dia berumur 3 tahun.Betapa sebaknya rasa apabila terpaksa berpisah dengan orang yang aku sayang.Kalau dulu aku ditinggalkan oleh papa dan kini aku dipisahkan dengan adikku.Aku sangkakan kesedihanku akan terhenti disini,akan tetapi masih ada banyak lagi kesedihan menantiku.Setiap malam aku menangis mengenangkan mama,papa dan juga hazrel.
Sejak kejadian papa meninggalkan kami,mama telah berpindah ke kuala lumpur dan bekerja disana sebagai pemandu pelancong.Kalau selama ini aku tinggal berdua dengan hazrel,aku tidak berasa bosan.Tetapi apabila aku tinggal dengan orang lain,aku merasa amat sunyi.Mulai detik itu aku menjadi pendiam dan murung setiap masa.Setiap hari langkahku longlai menjalani kehidupanku yang suram ini,tiada lagi keceriaan terpancar di wajahku.Di sekolah,aku tidak bersosial dan tempatku hanya di padang ataupun perpustakaan.Walaupun aku mempunyai beberapa rakan yang mengambil berat mengenai diriku,akan tetapi perasaanku hambar untuk mempercayai sesiapa lagi.Aku yakin bahawa hidup aku akan lebih sempurna jika aku menyendiri.Dalam kebanyakan rakan-rakanku yang mengambil berat mengenai diriku,ada juga yang sakit hati bila melihat diriku.
Sehingga kini aku masih berasa kesal akan tindakan papa yang tidak mahu menguruskan sijil kelahiran aku dulu.Disebabkan tindakannya itu,status aku sering dipertikaikan.Aku sering dianggap anak diluar nikah kerana maklumat papa tiada dalam sijil kelahiranku,begitu juga dengan hazrel.Tapi aku pasrah dengan semua yang terjadi.Walaupun aku dihina,dicaci,dimaki dan statusku dipertikaikan,tapi aku endahkan segalanya dan teruskan langkahku maju ke depan.
Kadang-kadang aku berasa terkilan kerana digelar sebagai penculik apabila aku ingin meluangkan masa bersama adikku.Aku masih tidak faham mengapa aku harus mempunyai keluarga yang penuh hasad dengki sebegini rupa.Tapi kini mama dah berjaya memberi kesenangan buat kami semua dan ketika inilah keluarga-keluargaku menyanjung mama begitu tinggi bagaikan permaisuri.Aku masih ingat lagi ketika pakcikku dimasukkan ke penjara,mama sanggup mengeluarkan segala duit yang dia ada untuk menjamin adiknya yang sudah terbukti bersalah itu.Tapi apabila dia sudah bebas,tiada lagi terlihat pada matanya mamaku ini.
Kini aku sudah berada di sekolah menengah dan pemikiran aku juga semakin matang.Di peringkat inilah aku sudah mulai mengenali dunia luar sedikit demi sedikit.Tiada yang mempedulikan perihal diriku di dunia ini.Hal ini membuatkan aku bebas bergaul untuk melepaskan tekanan hidupku yang selama ini aku tanggung.Aku bergaul bebas antara lelaki dan perempuan,aku sudah mulai ponteng sekolah dan melepak bersama kawan-kawanku di kaki-kaki Lorong.Pada suatu hari,aku dipelawa untuk mencuba sesuatu yang baru dan katanya pasti akan membuat aku bahagia setelah mencubanya.Pada awalnya aku berasa ragu-ragu tetapi disebabkan iainya mungkin akan membuat aku bahagia,aku membuatkan benda itu tidak asing lagi bagi diriku ini.Lama-kelamaan aku sudah mulai ketagih dengan dadah itu dan sudah mulai merokok serta sering bertukar-tukar pasangan.Segala rutin harianku itu langsung tidak diketahui oleh sesiapapun kerana ketika itu tiada siapa yang mempedulikan diri aku.Hanya satu yang mereka tahu iaitu duit upah kerana menjagaku aku dari segi fizikalku.Aku meneruskan aktivitiku itu sehinggalah mama menemui pengganti papa dan aku serta hazrel dibawa tinggal bersamanya.Mulai saat itu aku terpaksa meninggalkan segala aktiviti aku dengan serentak tanpa mengucapkan selamat tinggal.
Aku cuba untuk membiasakan diri aku tinggal bersama mama dan baba kerana selama ini aku hanya tinggal dengan makcik dan pakcikku.Aku terpaksa mengubah personalitiku walaupun kadangkala aku berasa sukar untuk menerima suasana baruku ini.Di sekolah baru ini,aku menceburkan diriku dalam bidang sukan kerana kebanyakan kawan aku merupakan budak sukan dan aku pun mulai terjebak dengan pelbagai aktiviti sukan di sekolah ini.Sejak aku berpindah ke sekolah baru ini,aku merasa sedikit bahagia dan sudah mulai melupakan aktivitiku yang dulu.Akan tetapi aku masih merasa tersiksa apabila pulang ke rumah kerana menghadapi tekanan yang diberikan oleh keluargaku pula.Baba aku seorang yang sentiasa inginkan kesempurnaan dalam hidupnya walaupun dia tahu bahawa dia tidak akan dapat kecapi hal itu.Mama dan baba selalu bergaduh di rumah sehingga membuatkan aku berasa tertekan dan berhajat ingin keluar dari rumah itu.Rumah tangga mereka yang dulunya bahagia kini mulai goyah.Tapi aku tidak pernah masuk campur hal rumah tangga mereka dan hanya pekakkan telinga jika rumah ini berdentum-berdentang.Aku akan mulai mengeluarkan suara jika aku merasakan tindakan mereka itu melampaui had dan jika hal itu melibatkan diri aku sahaja.
Semasa aku berumur 15 tahun,mama disahkan hamil anak lelaki.Aku merasa bahagia kerana dikurniakan peneman hidup sekali lagi.Tetapi kebahagiaan kami tidak kekal lama kerana hampir setiap hari aku terpaksa melihat penyiksaan yang mama hadapi.Ketika itu aku sudah mulai hipokrit terhadap orang-orang di sekeliling aku kerana dendam mulai menebal di dalam diriku.Bagi aku,baba begitu kejam melayan mama.Walaupun di depan manusia lain,kami bergelak ketawa tetapi hakikatnya hanya lakonan semata-mata.Kami terpaksa bekerja membanting tulang untuk membayar sewa rumah,membayar bil-bil yang ada serta mengisi perut kami semua.Di pasar malam tempat kami mencari rezeki dan aku akan sentiasa menjadi peneman buat dirinya di saat dia ketawa mahupun menangis.Setiap hari aku akan membantu mama berniaga barangan mainan di pasar malam setelah tamat waktu sekolah.Walaupun kini darjatku sudah jatuh kembali menjadi orang susah,tapi aku tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk menghabiskan sisa-sisa hidupku bersama orang yang aku sayang iaitu keluargaku.Beberapa bulan telah berlalu dan kini mama selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama syuqri.Aku turut gembira akan kelahiran syuqri ketika itu.Setelah beberapa bulan syuqri dilahirkan,kami meneruskan lagi kerja kami di pasar malam dan kali ini syuqri turut menemani kami.
Kini aku perlu lebih tekun dalam pembelajaranku kerana tahun ini aku akan menghadapi peperiksaan SPM dan aku berharap dapat memberikan kejayaanku buat mama.Akan tetapi jiwaku semakin kacau ketika ini dan aku mulai terjebak dengan aktivitiku yang lama kembali.Pembelajaran aku juga semakin merosot dan hal ini menimbulkan kekeliruan dalam fikiran guru-guruku.Tanpa aku sedar,terdapat banyak mata-mata yang memerhatikan aku dan tidak lama kemudian kegiatanku itu diketahui oleh guru kelasku dan juga guru kaunselingku.Aku berasa sakit hati dengan guru-guruku itu kerana telah mencampuri segala urusankan di luar waktu persekolahan dan aku segera memikirkan cara untuk membalas dendan terhadap mereka.Setelah lama berfikir,aku berhajat untuk membakar makmal ICT kerana itu merupakan tempat dia bekerja dan hajatku itu terlaksana.Aku meraikan kegembiraanku itu kerana berjaya memberi amaran kepadanya.Akan tetapi kegembiraanku itu tidak bertahan lama kerana guruku itu telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan aku rebah disaat itu.Apabila guru aku mendapati bahawa aku lah pesalah tersebut,dia segera menarik balik aduannya itu dan dia juga telah memberi aku peluang kedua untuk berubah.Aku dibimbing supaya menjadi seorang remaja yang berguna dan berakhlak mulia.Aku melaksanakan segala ajaran guruku itu sehinggalah tiba waktu peperiksaan SPM.
Peperiksaan SPM sudah berakhir dan kini sudah tiba masanya untuk aku melihat keputusan pula.Aku tidak dapat mengecapi kejayaan yang aku inginkan dan aku hanya dapat keputusan yang memuaskan.Walaupun begitu,aku berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dan mengambil bidang cyber forensic.Di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini,aku sudah dapat mengenali identiti diri aku yang sebenarnya.Aku menjadi seorang pelajar yang peramah dan aku juga telah melibatkan diri aku dalam sebuah organisasi kolej iaitu Majlis Perwakilan Pelajar.Walaupun aku menerima cabaran yang hebat disini,tapi aku tetap tabah dan masih tetap gagah berjalan.Kini syuqri telah berusia 3 tahun dan sekali lagi aku dikhabarkan akan mendapat seorang lagi adik.Apabila mama memberitahu baba akan berita ini,mukanya merah padam dan tidak semena-mena dia melenting ke arah mama.Dia memaksa mama untuk gugurkan kandungan tersebut.Bagi baba,anak ini hanya akan mendatangkan kesusahan buat dirinya.Hampir setiap hari dia berusaha membawa mama ke klinik-klinik sakit puan bagi tujuan menggugurkan kandungan.Semua doktor yang dijumpainya akan segera menolak mentah-mentah kehendak baba ketika itu.Akibat berang dengan sikap baba,pada suatu hari aku mulai bersuara kerana tidak lagi tahan dengan sifat haiwannya itu.
Disebabkan mama enggan menggugurkan kandungannya,baba telah menghantar mesej menjatuhkan talak 1 kepada mama.Kami diibaratkan seperti gelandangan ketika itu,tiada tempat berteduh dan kami menagih simpati daripada keluarga aku yang lain.Beberapa hari kemudian baba sudah dapat menerima kehadiran ilya di muka bumi ini.Beberapa bulan telah berlalu dan kini ilya selamat dilahirkan walaupun beberapa komplikasi telah menimpa mama.Saban hari aku berfikir,sampai bila aku harus hidup dalam tekanan dan halangan begini.
Aku dikurniakan seorang bapa yang memang telah lama aku impikan,tetapi aku mendapat bapa yang bersifat haiwan dan hipokrit.Aku dikurniakan saudara mara yang ramai,tetapi mereka tidak pernah sayang aku.Mereka hanya menyanyangi harta dunia yang kami miliki sahaja.Aku rasa hidupku sudah tiada guna lagi di muka bumi ini.Aku sudah melaksanakan separuh tugasku sebagai anak dan kini aku rasa adalah lebih baik aku undurkan diri.Keluarga aku kini telah bersatu kembali dan papa juga telah menginsafi akan perbuatannya dulu.
Kini tiba masa untuk aku membina keluargaku pula.Aku menemui seseorang yang sudi menjadi peneman buat diriku sehidup dan semati.Apabila umur aku sudah mencecah 24 tahun,aku mendirikan mahligai cinta bersama kekasih hatiku yang bernama Razif.Kami hidup bahagia hanya selama 5 bulan dan aku gembira kerana diberi masa untuk berada disamping Razif,seorang pemuda yang baik hati,penyayang dan sentiasa memahami akan diriku.Ketika itu aku menziarah mama di rumahnya dan meluangkan masa sehari suntuk bersama mereka.Sebelum aku pulang ke rumahku,aku menghulurkan sepucuk surat kepada mama dan memeluk erat tubuh mama.Surat itu tertulis supaya mama sentiasa menjaga dirinya dan aku juga telah mengungkapkan rasa kasih dan sayang aku terhadap mereka semua walaupun dalam masa yang sama aku sering dipinggirkan.Aku mengakhiri suratku itu dengan ucapan maaf dan ucapan terima kasih kepada semua yang aku kenali semenjak aku lahir lagi.Aku berasa sebak ingin tinggalkan mama ketika itu.Pada malam yang sama aku mengadakan “candle light dinner” bersama Razif dan aku menatap muka Razif dengan penuh hiba.Ketika Razif sedang lena tidur,aku masih bersengkang mata dan membelek-belek kembali album-album lama kami sekeluarga.Setelah penat,aku masuk ke bilik dan tidur.
Keesokan paginya aku menyiapkan sarapan untuk Razif sebelum dia berangkat ke tempat kerja.Setelah Razif berangkat ke tempat kerja,aku menghantarkan makanan kepada keluargaku.Aku meninggalkan rumah mama dan segera menghidupkan enjin keretaku untuk pulang ke rumah.Cuaca di luar rumah pada hari itu tidak mengizinkan aku untuk duduk lebih lama dengan mama.Aku terpaksa meredah hujan lebat ketika itu dan keadaan cuaca di luar membuatkan pandangan aku menjadi semakin kabur.Aku tidak dapat melihat kenderaan yang berada di hadapan aku dan tanpa aku sedar,sebuah treler panjang sedang melintasi di hadapan aku.Disebabkan keadaan cuaca yang begitu teruk ketika itu,aku tidak dapat mengawal kereta aku lalu bertembung dengan lori itu dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Keluargaku meratapi pemergianku akan tetapi semuanya sudah berakhir.Kini aku telah pergi bertemu ilahi.Sekian..

Yg ni cerita seram ke
ReplyDeleteCerita ni menarik
ReplyDelete